Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Izzue Islam Jaga Batas Kerana Isteri

Izzue menjaga batas dalam pergaulan bersama pelakon wanita supaya ia tidak menimbulkan salah faham pihak lain.
PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Izzue Islam lebih menjaga batas dalam pergaulan bersama pelakon wanita supaya ia tidak menimbulkan salah faham pihak lain.
Menurut Izzue atau nama sebenarnya, Muhammad Izzul Islam Mazlan, 23, walaupun isterinya, Nurinafilah Waharudin, 31, (Awin) memahami tugasnya sebagai selebriti namun dia tetap perlu menjaga perasaan wanita itu.
"Awin tidak ada masalah jika saya digandingkan dengan mana-mana pelakon wanita tetapi sebagai suami saya tidak mahu keterlaluan atau melampaui batas kerana tidak mahu orang luar salah faham dan menjaga hati isteri," katanya kepada mStar Online.
Izzue dan Awin, 31, selamat bergelar suami isteri pada 2 Jun lalu dengan sekali lafaz selepas menyulam cinta selama enam tahun.
Dalam pada itu, dia tidak pernah risau popularitinya akan merudum apabila berkahwin pada usia muda kerana yakin dengan rezeki yang ada.
Malah katanya, sejak berkahwin, rezekinya dalam bidang lakonan semakin banyak dan mengakui kini sibuk melunaskan semua tanggungjawab yang diamanahkan.
"Saya tidak pernah risau dengan soal itu kerana rezeki itu daripada Allah. Alhamdulillah sejak berkahwin rezeki saya masih ada dan itu adalah berkat berkahwin," katanya.
Dalam perkembangan lain, Izzue bakal muncul dengan dua filem iaitu Hantu Tok Mudimdan Aku Bukan Ustaz serta drama terbitan Suhan Movies, Sahabat. -mStar
4 Komentar untuk "Izzue Islam Jaga Batas Kerana Isteri"

baru 23 tahun rupanya izzue muda lagi...

Bagus suami mcm ni....sedar diri...walaupun tau hensem dan muda dan boleh dapat yg lg bergetah tp masih setia kat isteri....semoga kekal perangai begini spai ke tua ya izzue..almaklumlah zaman sekarang ni ramai lelaki yg tak sedar diri...bersyukur lah apa yg ada dansentiasa berdoa dan bertawakal...







baru nikah june lepas, masih baru & awal lagi tu..tunggu le 1 atau 2 tahun lagi..harap2 jagan samapi cerai pula

fresh lg.. tggu la... nnt adala tu

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info