Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

‘Dia lelaki pertama ajak saya kahwin’

Kalau sudah jodoh memang takkan ke mana. Perumpamaan ini sesuai buat pasangan pengantin baru iaitu pelakon tinggi lampai Norhafezzah Abdul Kadir, 27, atau Fyza Kader dengan suaminya Ahmad Feruz Zainal Abidin, 32, biarpun hanya mengenali antara satu sama lain tidak sampai setahun.

Selepas menyulam janji, pasangan ini akhirnya selamat diijabkabulkan oleh Penolong Pendaftar Nikah (PPN), Kariah Masjid As-Syarif Dato’ Ahmad Razali, Mukim Sepang, Ishak Jamil di sebuah hotel di Cyberjaya dengan sekali lafaz, kelmarin.

Biarpun hanya mengadakan majlis ringkas untuk saudara mara terdekat, Fyza dan Feruz tetap nampak cantik dan segak di atas pelamin indah berkonsep Taman Inggeris dipenuhi kuntuman mawar segar rekaan Arma Couture.

Ia sebagai memenuhi citarasa pelakon filem PE3, Senario Opps Pocot, Salam Cinta, Ajiboy, Seram Sejuk dan 1 Lawan 1 yang kini ditayangkan di pawagam.


Ditemui selepas majlis, pasangan yang memilih tema sedondon putih ini berkata, mereka mula berkenalan ketika menyaksikan perlumbaan Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang tahun lalu dan adik Fyza, Ieddah Kadir yang bertanggungjawab menemukan mereka.

-Hmetro

0 Komentar untuk "‘Dia lelaki pertama ajak saya kahwin’"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info