Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

'Elak rasa cemburu'

Kak Engku puji sikap profesionalisme Erra dan Rozita kendali program Primadona

Kerja yang dilakukan dengan ikhlas, tanpa pernah menyimpan perasaan cemburu atau cuba membayangi antara satu sama lain menjadi kunci yang membawa Raja Azura Tengku Ahmad Tajuddin kekal bertahan. 
Wanita keletah yang mesra dipanggil Kak Engku berkata, minat mendalam terhadap pengacaraan juga mendorong dirinya supaya mengetepikan ego demi memastikan program kendalian berjaya. 

Saya tidak mahu kerana terlalu ghairah, akhirnya saya mengaibkan orang lain. Saya perlu menjaga hati, terutama mereka yang lebih berusia berbanding saya."

Mengendalikan program secara langsung, Primadona bersama Erra Fazira dan Rozita Che Wan, Raja Azura bersyukur dipertemukan dengan gandingan yang sentiasa terbuka menerima teguran tanpa menyimpan benci atau dendam di hati.

“Awal lagi saya sudah berterus-terang supaya membuang jauh perasaan cemburu atau ingin membayangi antara satu sama lain.

“Sebagai pengacara senior, saya dianggap seperti kakak kepada mereka berdua. Apa yang membuat saya selesa, setiap masalah yang datang kami cuba selesaikan tanpa membekas benci di hati.

Letak diri di bawah “Saya akur mereka bukan bermula sebagai pengacara, justeru, saya perlu turut sama letakkan diri di bawah. Seronoknya Erra dan Rozita tidak malu untuk bertanya, malah rajin melakukan persiapan sebelum bersiaran. 
“Tidak mudah terutama untuk mengendalikan program secara langsung. Saya perlu banyak bertolak ansur dan memahami kemampuan supaya gandingan kami tidak nampak canggung di mata penonton,” katanya.


Raja Azura berkata, meskipun sudah berpengalaman dalam bidang pengacaraan namun masih ada ruang yang menuntutnya supaya tidak pantas selesa dengan pencapaian diri.

Disebabkan itu, dia tidak pernah mendesak Erra dan Rozita untuk segera memahami tuntutan dunia pengacaraan kerana semua itu mengerah pengalaman.

“Bukan mahu melonjakkan diri tetapi saya rela menggalas peranan lebih berat setiap kali kami bersiaran. Hal berkaitan fakta dan isu berat saya sedia tangani.

Perubahan gaya pengacaraan

“Sebaliknya, Rozita dan Erra pula akan diserahkan topik santai serta tidak terlalu menekan untuk dilunaskan. Perlahanlahan, saya lihat perubahan yang signifikan dalam gaya pengacaraan mereka.

“Saya tahu ramai menghentam tetapi saya kagum semangat mereka, terutama Rozita yang sentiasa ingin belajar. Sering saya ingatkan mereka, tidak mudah untuk memuaskan hati semua orang.

“Alhamdulillah, mereka juga tidak pernah bersikap diva dan sentiasa terbuka setiap kali kami berbincang hati ke hati,” katanya.

Sangkal dakwaan

Menyangkal dakwaan dia seperti menunjuk pandai kerana sentiasa di depan, Raja Azura berkata, semua itu sudah terlebih awal dirancang.

“Memang saya lebih berpengalaman tetapi itu bukan bermakna saya perlu menjadi kuku besi dalam Primadona.

“Erra dan Rozita juga pernah berterus terang, mereka takut jika pengalaman saya mencantas kemampuan mereka.

“Tiada istilah cuba ‘mencantas’ kerana setiap tindakan akan terlebih dulu dibincangkan. Mungkin kerana pengalaman, saya perlu pantas bertindak jika terkesan ada sesuatu yang tidak kena ketika program berlangsung,” katanya.

Ledakan semula aura Raja Azura

Dia mungkin sudah mampu menarik nafas lega apabila satu demi satu program yang dikendalikannya mengumpul jumlah penonton tinggi.

Tidak hanya Primadona, Kilauan Emas yang baru mengakhiri musim ketiga mencatat jumlah penonton tertinggi membuat Raja Azura puas kerana kerja kerasnya membuahkan hasil.

“Sebelum musim terbaru ini bermula, kami terlebih dulu duduk berbincang dan memikirkan formula untuk melonjakkan lagi program itu.

“Pengurusan meletak harapan tinggi, lantas mendesak saya supaya menggali lagi kemampuan. Saya mungkin bertuah kerana Kilauan Emas disertai mereka yang berpengalaman dalam bidang nyanyian.

“Semua itu membantu, malah sepanjang pertandingan saya mengakui teruja untuk melihat apa lagi yang peserta mampu berikan,” katanya.

Tidak asingkan diri 

Melihat keberkesanan gaya pengacaraannya, Raja Azura berkata, dia berusaha untuk tidak mengasingkan diri sejak awal pertandingan bermula. 

“Kami bergaul seperti sebuah keluarga besar. Saya kenal setiap peserta luar dan dalam. Sebelum bertanya soalan yang mungkin sensitif, saya akan terlebih dulu menerangkan kepada mereka di bawah pentas supaya tidak ambil hati. “Saya tidak mahu kerana terlalu ghairah, akhirnya saya mengaibkan orang lain. Saya perlu menjaga hati, terutama mereka yang lebih berusia berbanding saya.

“Biarpun penat, melihat pencapaian program itu saya percaya ia berjaya berkat semua yang berada di situ. Alhamdulillah pengalaman di radio turut membantu mematangkan saya,” katanya.


-Bharian
0 Komentar untuk "'Elak rasa cemburu'"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info