Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Lelaki ditembak mati, dua parah ketika sedang minum di Ipoh

IPOH: Seorang lelaki maut dan dua parah selepas ditembak ketika sedang minum di hadapan sebuah restoran di Lebuh 5, Kampung Simee, di sini, malam tadi. 

Dalam kejadian jam 10.15 malam itu, Jasrafveenderjeet Singh, 25, mati di tempat kejadian terkena tembakan di leher, manakala dua lagi dikenali 

Koo Loo Kong, 55 dan Sarbjit Singh Harder Singh, 28, cedera serta masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata kejadian berlaku ketika ketiga-tiga mangsa sedang minum di restoran berkenaan bersama dua lagi rakan lain sebelum diserang dua lelaki. 

"Suspek yang menaiki sebuah kereta dikatakan melepaskan empat das tembakan dan mengenai tiga mangsa. 

"Polis mengklasifikasikan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif kejadian masih dalam siasatan," katanya. 

-Bharian

Related Post

  • Buaya disangka kayu hanyutKUALA SELANGOR - Hasrat dua sahabat untuk memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing di sin…
  • Tak tahu isteri, anak matiSerdang: Seorang lelaki kini koma manakala isteri dan anak tunggalnya terbunuh selepas motosikal ditunggangi mereka bert…
  • Mungkinkah Ini Kekasih Hati Baru Nora Danish?Kami Bakal Berkahwin : Nora Danish? Wah..melalui akaun instagram Nora Danish, beliau dengan beraninya telah memuat naik…
  • Tangan bayi tersepitMuar: Seorang bayi berusia 13 bulan nyaris maut apabila tangan kirinya tersepit pada mesin pengadun kuih di sebuah kilan…
  • Artis : Ning geram dengan suami“SEKARANG saya penyanyi separuh masa.” Demikian reaksi penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura tentang status terbarunya…
0 Komentar untuk "Lelaki ditembak mati, dua parah ketika sedang minum di Ipoh"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By Catatan Info