KUALA LUMPUR: Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kes seorang atlet bola baling Sukan Malaysia (Sukma) 2013 yang mendakwa diro gol sekumpulan atlet lelaki di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia, Rabu lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata polis memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan imej sukan negara amnya dan perbuatan jenayah dalam kalangan atlet, khasnya.
"Laporan ini amat serius. Kita akan lakukan siasatan lanjut dan terperinci mengenai kes ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan atlet remaja berusia 19 tahun itu mendakwa diro gol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu.
Mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan susulan itu, polis menahan tiga atlet semalam untuk membantu siasatan. - BERNAMA
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata polis memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan imej sukan negara amnya dan perbuatan jenayah dalam kalangan atlet, khasnya.
"Laporan ini amat serius. Kita akan lakukan siasatan lanjut dan terperinci mengenai kes ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Gambar hiasan
Mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan susulan itu, polis menahan tiga atlet semalam untuk membantu siasatan. - BERNAMA
0 Komentar untuk "Atlet SUKMA Dakwa Diro gol Bergilir-Gilir Oleh Rakan Sepasukan Di Perkampungan Sukan UPM"