Seorang atlet bola baling yang sedang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2013, membuat laporan polis mendakwa dirogol oleh atlet lelaki di perkampungan sukan itu di Universiti Putra Malaysia (UPM), pada Rabu lalu.
Remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu. Sebelum kejadian, dia dikatakan meminum minuman keras bersama beberapa atlet bola baling lelaki pasukannya di sebuah gelanggang bola keranjang.
Menurut sumber, selepas itu dia dibawa pulang ke sebuah bilik penginapan oleh beberapa lelaki berkenaan.
Kira-kira jam 4 pagi, mangsa menyedari dirinya dalam keadaan bogel, dihimpit oleh seorang lelaki dan suspek dikatakan merogolnya secara bergilir-gilir bersama rakannya.
Gambar Hiasan Sahaja
Dia kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.
“Mangsa dipercayai telah minum minuman keras bersama rakan-rakannya bagi menghilangkan tekanan setelah pasukan mereka kalah dalam perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini,” kata sumber itu.
Berikutan itu, tiga atlet telah ditahan semalam untuk membantu siasatan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei mengesahkan menerima laporan dan siasatan dijalankan tetapi enggan mengulas lanjut.
0 Komentar untuk "Panas! Atlet SUKMA dakwa diro gol peserta lelaki"