Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Nahas pesawat Asiana - Anak kapal terhumban dari ekor pesawat

SAN FRANCISCO: Seorang mangsa yang terselamat dalam nahas pesawat Boeing 777 Asiana Airways di San Francisco menyifatkan ia saat yang amat menakutkan apabila pesawat melanggar landasan dengan anak kapal terhumban ke luar sebaik ekor pesawat patah.

“Sebaik hendak mendarat...ia memecut, seperti juruterbang ketahui dia mendarat di landasan yang semakin pendek," kata Elliott Stone kepada CNN.
“Sebaik sebelah ekor menghempas landasan, badan kami terlambung dengan kepala penumpang terhantuk ke bumbung pesawat.

Nahas pesawat Asiana - Anak kapal terhumban dari ekor pesawat

"Selepas itu pesawat seperti melayang dan mengheret sebelum api mula marak," katanya.

Beliau yang selamat kerana tempat duduknya di tengah pesawat tetapi anak pala yang duduk di belakang beberapa kali terhumban disebabkan pesawat mendarat pendek.

Beliau berkata, kira-kira 20 minit selepas terhempas, dia dan beberapa penumpang mendapati lima lagi penumpang yang terhumban berada kira-kira 457 meter dari pesawat.

Seorang lagi saksi dari lapangan terbang itu berkata, pesawat Boeing 777 terhentak kuat di landasan ketika mendarat.
“Kami nampak di melanggar landasan dengan ekor pesawat terus patah di penghujung lansasan," kata Jennifer Sorgen kepada CNN.

Pesawat Asiana 214 itu dalam penerbangan dari Seoul, Korea Selatan ke San Francisco dengan membawa 291 penumpang dan 16 anak kapal. Nahas berlaku kira-kira jam 11.30 pagi waktu tempatan. - AFP
0 Komentar untuk "Nahas pesawat Asiana - Anak kapal terhumban dari ekor pesawat"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info