Terbongkar sudah rahsia yang cuba dipertahankan pasangan pelakon, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, selama ini. Bangkai gajah yang cuba ditutup mereka dengan nyiru itu tetap mengeluarkan bau dan akhirnya diketahui ramai.
Selepas hampir seminggu berdiam diri, berdolak dalik dan mengelak daripada menjelaskan persoalan berkenaan cerita pernikahan rahsia mereka dan sudah mempunyai bayi lelaki seperti yang didedahkan akhbar sisipan B*POP 6 Oktober lalu, akhirnya Jumaat lalu, di hadapan sekumpulan media mereka mengaku apa yang dipaparkan adalah benar.
Begitupun, pengakuan dibuat Aeril itu seperti tidak ikhlas kerana dia dilihat begitu kecewa apabila terpaksa membuat penjelasan bukan dengan kerelaan hati. Puncanya, dia dan Wawa sudah merancang hanya akan mendedahkan perkara itu selepas kontrak isterinya dengan MIG Talent tamat dua tahun lagi.
"Memang sejak awal lagi kami ingin merahsiakan perkara ini dan akan hanya mengumumkannya apabila tiba waktu yang sesuai. Bagaimanapun, ada pihak yang tidak puas hati dan sengaja mendedahkan perkara ini lebih awal sehingga kami terpaksa membuat penjelasan pada hari ini. Lagipun, ini adalah hal peribadi kami, terpulanglah sama ada kami mahu mengaku atau tidak. Kenapa nak korek cerita peribadi kami?” rungut Aeril yang seakan tidak puas hati dengan situasi berlaku ketika itu.
Kata jejaka berusia 26 tahun ini, dia mempunyai alasan kukuh untuk merahsiakan perkara itu walaupun terpaksa berdepan dengan tuduhan menipu.-Bharian
4 Komentar untuk "'Tipu kerana darurat'"
pelik2x apa masalah nya ? mereka dah sah jadi suami isteri.. lain lah kalau meteka tidak nikah.. itu kan hal peribadi mereka ... lagi pon dah halal sama halal .. bukan haram pon. dunia2x
bengong la aeril ni..nama pon nko artis mmg la org nk tau statuss nko tu sebagai apa..lain la klo nko tu bkn artis..org x kisah pon..mcm gila glamour je..
Asaalamualaikum :) ni nk komen cikit ^_^ko lah bengong x gune !! ko dpt rase ke situasi die camane ? Jgn suke sngt judge orang ingt diri tu bagos la ?! Mind your manners ok ?! Kalo da x sukekn orng tu jgn nk buat taik lagi ! lol ! nmpak sngt x pikir perasaan orng :P Terasa ? Kesah pulak ! xD Ingat dose k ? Assalamualaikum...
lagi cantik bahse zana shira ni..