Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Seorang lelaki maut dalam keadaan kaki kirinya putus

Jasin: Seorang lelaki maut dalam keadaan kaki kirinya putus manakala rakannya turut terbunuh dihempap pacuan empat roda dinaiki dalam kemalangan di Kilometer 174.9, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.10 petang, mangsa Megat Saiful Farhan Megat Zaidi, 22, beralamat di Taman Putri Mas, Simpang Renggam, Johor dan rakannya Nur Azleeza Ismail, 23, beralamat di Ladang Sedenak, Kulai, Johor dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Johor.


Kemalangan dipercayai berlaku selepas pacuan empat roda dipandu Megat Saiful Farhan dipercayai hilang kawalan lalu merempuh besi penghadang lebuh raya sebelum terbalik dengan keempat-empat tayar ke atas.

Jurucakap polis berkata, Megat Saiful Farhan yang putus kaki kiri dan Nur Azleeza yang parah di bahagian kepala akibat dihempap kenderaan itu maut di tempat kejadian.Menurutnya, berdasarkan siasatan awal polis, kejadian dipercayai berlaku selepas kenderaan yang hilang kawalan itu terbabas ke kiri jalan dan merempuh besi penghadang lebuh raya hingga menyebabkan besi itu patah beberapa bahagian.

-Hmetro

Related Post

  • Johan, Aishah tidak tayang tubuhBiarpun filem seram, Paku belum ditayangkan buat khalayak, barisan pelakon utamanya, Johan As’ari dan Aishah Ilias sudah…
  • Shila Amzah Mengaku Pernah Menjadi ? Ini yang buat ramai ingin membuka cerita lama. Satu status Shila Amzah di akaun Twitter beliau baru baru ini mengundang…
  • Suami Saman Isteri Kerana Lahir Anak HodohCHINA – Seorang lelaki. Jian Feng, menyaman isterinya selepas dia mendapati anak perempuannya yang baru dilahirkan sebag…
  • Sekat 'garam mandi' Jalaluddin (kanan) diiringi Raduan (tengah) dan Ibrahim merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah di UMK, Jeli, semalam. - …
  • Misteri tandas berkunciBATU FERRINGHI - Penemuan mayat seorang lelaki mengungkai misteri sebuah tandas berkunci selama tiga hari di sebuah stes…
0 Komentar untuk "Seorang lelaki maut dalam keadaan kaki kirinya putus "

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By Catatan Info