Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Masih menyimpan kenangan terindah

Nur Jannah teruskan hidup membawa amanah arwah suaminya demi anak-anak.

SELAIN daripada anggota Rabbani dan jutaan peminat mereka dari seluruh negara, pastinya individu yang paling terkesan dengan pemergian arwah adalah isterinya, Halizah @ Nur Jannah Shahadan, 42.

Jelasnya, siapa yang tidak akan sedih apabila individu tersayang yang sudah hidup bersama selama 16 tahun dan mempunyai lima anak pergi secara tiba-tiba.

"Pastinya saya amat terkesan dengan pemergian arwah dan setahun lebih juga saya mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan hidup sebagai seorang ibu tanpa kehadiran suami di sisi.

"Tetapi mujurlah kini keadaan sudah semakin baik. Alhamdulillah, kami sekeluarga sudah dapat meneruskan kehidupan dengan tenang di samping sanak saudara dan teman tersayang," katanya yang turut hadir pada majlis Tribute Allahyarham Ustaz Asri.

Tambah wanita yang juga merupakan seorang usahawan ini lagi, dia bertekad untuk meneruskan kehidupan bagi anak-anaknya dan juga pesanan yang pernah diberi oleh arwah suaminya.

"Kita juga tidak tahu berapa lama kita akan terus hidup di muka bumi ini. Jadi, setiap waktu itu biarlah ia diisi dengan perkara-perkara baik dan usaha dakwah yang berterusan," katanya yang hadir ditemani dua orang anak pada majlis tersebut.

Dalam waktu yang sama, dia juga gembira kerana Rabbani tidak mengambil orang luar daripada kumpulan tersebut sebagai menggantikan arwah suaminya kerana baginya, hanya individu di dalam Rabbani yang tahu jerit dan perih mereka dalam membina nama sebelum ini.-Utusan

0 Komentar untuk "Masih menyimpan kenangan terindah"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info