Pelakon yang terkenal menerusi drama Memberku Hawa, Siti Saleha difahamkan baru sahaja terbang ke England pada 29 Julai lalu dan pelakon kacukan Inggeris - Melayu ini dikatakan akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama ibunya, Tracey Johnson atau Aishah Rahman di sana.
Menerusi laman Instagram milik Siti Saleha, pelakon ini juga dilihat sudah mula memuat naik beberapa foto menariknya sepanjang berada di England untuk dikongsikan bersama peminat-peminat di Malaysia.-Ohbulan.com
Saleha bersama ibu tersayang, Aishah Rahman
Meskipun cuaca di Portsmouth pada ketika ini adalah musim panas, akan tetapi Saleha tidak menjadikan ia sebagai satu alasan untuk tidak berpuasa.
0 Komentar untuk "Gambar : Siti Saleha Sambut Aidilfitri Bersama Ibu Di England"