Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, lelaki berkenaan yang berada dalam keadaan mabuk dikatakan berselisih faham dengan rakan serumahnya berusia 26 tahun sehingga berlaku pergaduhan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Tan Ah Chua berkata, mangsa, Morris Asang Yahya, 22, ditemui mati di dalam kereta dengan beberapa kesan tikaman.
“Pemeriksaan awal forensik mendapati terdapat tiga kesan tikaman di bahagian belakang badan, satu di bahagian kiri dada serta di kedua-dua belah tangan.
“Polis turut menemui dua bilah pisau yang sudah bengkok dan patah dipercayai digunakan dalam kes ini,” katanya.
Beliau berkata, sebelum kejadian mangsa bersama empat lagi rakannya yang mendiami rumah kedai terbabit turut mabuk.
“Pergelutan antara mangsa dan suspek bermula dari dalam rumah lagi. “Mangsa kemudiannya cuba melarikan diri ke tingkat bawah dan masuk ke dalam kereta, namun terus diserang suspek,” katanya.
Katanya, identiti suspek sudah dikenal pasti dan usaha memburunya sedang giat dijalankan manakala tiga lagi rakan serumah mangsa yang ada bersama ketika kejadian turut ditahan bagi membantu siasatan.-Hmetro
0 Komentar untuk " "