Tahun ini kalau tak silap ialah kali pertama Ayu Raudhah dan Zaquan Adha menyambut Syawal bersama anak mereka. Pastinya keterujaan melanda diri mereka. Abang Nara tahun pertama pun banyak berhabis untuk anak. Beli kasut barulah, baju barulah. Nak pastikan anak nampak bergaya di hari raya.
Abang Nara suka betul tengok Ayu dan Zaquan ini. Memang sama cantik dan sama padan. Lebih-lebih lagi bila Ayu bertudung. Memang makin terserlah kecantikannya. Bertambah comel apabila kakak Ayu Raudhah, iaitu Rozita Che Wan turut sama menyelitkan diri di dalam adiknya.
Tak sabar rasanya nak tunggu Aidilfitri tahun hadapan. Boleh tengok Rozita berhari raya dengan suaminya, Zain Saidin. Mesti meriah tak ingat punya.
-Beautifulnara.com
0 Komentar untuk "(10 GAMBAR)Kemeriahan Hari Raya Ayu Raudhah Dan Keluarganya"