Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Nora Danish: Saya Terbang Ke London Guna Duit Sendiri!

Memang hangat kisah cinta antara pelakon Nora Danish dan Nedim Nazri sehingga setiap gerak geri mereka menjadi bualan para peminat lebih lebih selepas mereka berdua bersikap terbuka akan hubungan yang terjalin. Harga tiket penerbangan pun jadi isu kini.

KOSMO! baru baru ini mendakwa menerima salinan tempahan tiket penerbangan Nora Danish ke kota London yang jumlahnya mencecah RM25,000 dan ini menimbulkan spekulasi mengatakan pelakon popular ini menggunakan sumber kewangan Nedim Nazri untuk bercuti.
“Saya kira pengirim (salinan) itu sungguh tidak amanah dalam pekerjaan dia. Apa masalahnya dengan jumlah tersebut? Saya bayar pakai duit saya sendiri, bukannya Nedim”
#07 Nora Danish- Saya Terbang Ke London Guna Duit Sendiri! - ROTIKAYA
“Saya bekerja keras & punya wang sendiri. Saya mampu untuk membayar perbelanjaan tersebut tanpa tanggungan sesiapa,” ujar Nora Danish.
Nora Danish yang turut menerima kutukan melalui akaun laman sosial menyifatkan mereka yang membencinya sebenarnya tidak mengetahui apa apa tentang hidupnya & senang mengambil jalan untuk mengabaikan sahaja semua komen yang negatif.
“Nedim juga tak kisah dengan keadaan ini, dia cool. Cuma dia risau saya dihentam teruk kerana dia memang seorang yang proaktif terhadap saya,” tambahnya lagi. (rtky/eka)
#06 Nora Danish- Saya Terbang Ke London Guna Duit Sendiri! - ROTIKAYA
#04 Nora Danish- Saya Terbang Ke London Guna Duit Sendiri! - ROTIKAYA
-Rotikaya.com
0 Komentar untuk "Nora Danish: Saya Terbang Ke London Guna Duit Sendiri!"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info