Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Hanez Suraya Dikecam Peminat Awi Rafael

Pelakon cantik Hanez Suraya mengakui dirinya pernah dikecam peminat bekas kekasihnya, Awi Rafael.
Perkara ini terjadi ekoran tersebarnya gambar mesra Hanez bersama seseorang jejaka ketika bercuti di sebuah pusat peranginan, baru-baru ini.

Hanez dikecam kerana dikatakan sanggup memutuskan hubungannya dengan Awi disebabkan lelaki tersebut.


Mengulas mengenai perkara itu, Hanez berkata, “mereka (peminat Awi) cakap lelaki tersebut punca hubungan saya dan Awi putus. Saya dihentam di laman sosial seperti Instagram, Twitter dan blog.

“Sebelum ini lagi saya sudah katakan yang lelaki tersebut bukan teman lelaki saya. Selepas penyebaran gambar tersebut, saya dikecam teruk oleh peminat-peminat Awi Rafael,” katanya memetik laporan sebuah akhbar harian, hari ini.

Selepas ini, Hanez sudah mengambil prinsip dan pendirian enggan lagi mendedahkan tentang hal peribadi serta kisah percintaannya kepada umum.

Dia hanya akan berbuat demikian sekiranya jodohnya sudah sampai dan akan menghebahkan perkahwinannya kepada orang ramai yang sentiasa menyokong kerjayanya selama ini.

Oleh: AUDREY LEE
-Siakapkeli.com

Related Post

  • 'Pelamin anganku musnah' JEMPOL - Pelamin anganku musnah! Itulah yang dihadapi dua pengantin di sini, apabila pelamin yang ditempah mereka dari…
  • Gempar! Klip Video hangat Mimi Di Internet Filem 3GP belum ditayangkan tetapi Mimi (One Nation Emcee) mula resah memikirkan penyebaran beberapa klip video dalam …
  • Tiga gelas air RM45 BATU PAHAT – Seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendakwa terpaksa membayar RM45 hanya untuk tiga gelas air…
  • Nora Danish Di Tampar Hah? Ni apa kes pulak ni? Apa yang Hot Mama Si Nora Danish ni dah buat sampai dia kena lempang dengan makcik tu? Dia a…
  • Fuhh: Apa Yang Yana Samsudin Pegang Tu ? Pelakon, Yana Samsudin telah memuatnaik satu gambar ‘panas’ di akaun Instagram miliknya hari ini. Dalam gambar berkena…
0 Komentar untuk " Hanez Suraya Dikecam Peminat Awi Rafael"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By Catatan Info