Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa yang difahamkan baru pandai berenang serta mengalami kecederaan otot selepas bermain bola sepak sehari sebelum kejadian dipercayai mengalami kekejangan ketika mahu menyeberangi sungai selebar 30 meter berkenaan sebelum cuba diselamatkan rakannya.
Seorang daripada rakan mangsa yang juga saksi kejadian, Mohd Riduan Abd Hamid, 17, berkata, kejadian itu kali pertama Ijjuddin berani berenang menyeberangi sungai berkenaan walaupun sudah beberapa kali diajak berbuat demikian sebelum ini.
“Sebelum ini, dia hanya berani berenang di tepi saja.
“Ketika kejadian, kami berusaha menyelamatkannya, namun gagal sebelum dia tenggelam dan hilang daripada pandangan kami,” katanya semalam.-Hmetro
0 Komentar untuk "‘Tolong...Aku dah tak larat’"