SERDANG - Suasana di Wad Bersalin Hospital Serdang di sini kecoh apabila tiga keping siling plaster di wad berkenaan terjatuh awal pagi semalam.
Insiden pada pukul 3 pagi itu adalah yang ketiga membabitkan hospital berkenaan selepas ia dibuka sejak tahun 2005.
Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan ketika kejadian semalam kerana lokasi runtuhan adalah berdekatan tempat pendaftaran pesakit.
Ketika kejadian, seramai lapan pesakit ditempatkan di wad tersebut dengan diselia enam jururawat wanita.-Kosmo
0 Komentar untuk "Siling wad bersalin terjatuh"