Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

'Tolong jangan ganggu kami lagi'

KUANTAN - Seorang wanita pada mulanya menganggap dia boleh menarik nafas lega selepas mendengar lafaz cerai daripada suaminya pada 1 Februari lalu selepas dua tahun menanti saat itu.

Bagaimanapun, deritanya tidak berakhir apabila bekas suaminya yang berusia 38 tahun masih mengganggu dia dan dua anaknya yang masih trauma selepas melihat sendiri penderaan dilakukan bapa mereka sebelum ini.


'Jangan ganggu kami lagi'

Wanita yang mahu dikenali Ina, 37, berkata, dia tidak mahu memisahkan hubungan bapa dan anak, tetapi kecewa kerana suaminya masih tidak mematuhi perintah mahkamah untuk hak lawatan dan nafkah anak-anak.

“Saya cuma mahu dia meminta kebenaran untuk berjumpa anak-anak kerana bimbang keselamatan mereka di sekolah atau di tempat awam,” katanya.

Menurutnya, selepas lebih dua tahun menderita dipukul suami, dia tidak berdiam diri dan berusaha keras melepaskan tekanan dan ketakutan anak-anak dengan mendapatkan peguam dan perintah mahkamah syariah.

“Ketika itu tiada siapa mampu membantu. Jawatan suami sebagai seorang pegawai awam menjadikannya lebih taksub mendera dan menipu kerana semua individu penting yang saya temui tidak membantu.

“Malang nasib saya kerana dituduh gila dan sanggup memukul diri sendiri. Beberapa laporan polis yang dibuat juga tidak menjamin keselamatan saya,” katanya yang mengharapkan bahagia selepas penceraian.

Ina berkata, dia tidak pernah berputus asa dan memohon Perintah Interim dan Perintah Tegahan di Mahkamah Syariah akibat tindakan kasar suami yang mencederakannya.

Sebagai mangsa dera, Ina mengakui tidak pernah menyesal bercerai malah dia lebih kuat membesarkan dua anak perempuan berusia lapan dan 12 tahun.

“Saya tidak kisah berstatus janda kerana paling utama cara hidup saya berada pada landasan yang betul,” katanya.

Ina berkata, dia cuma memohon bekas suami tidak membuat perkara yang menakutkan anak-anak dan berubah sikap sebelum menutup mata.-Sinar harian
0 Komentar untuk "'Tolong jangan ganggu kami lagi'"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info