Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Sherry Ibrahim Sudah Berbincang Mengenai Perkahwinan Dengan Teman Lelaki Mauritius

Apabila mengetahui Sherry Ibrahim mempunyai kekasih yang berasal dari Mauritius, Abang Nara dengan segera membuat carian untuk mengetahui serba sedikit tentang negara tersebut. Rupa-rupanya Mauritius adalah sebuah pulau yang terletak di benua Afrika. Bahasa rasmi Mauritius ialah English dan Perancis. Mungkin Sherry Ibrahim jatuh cinta apabila mendengar kata-kata pujangga versi Perancis daripada teman lelakinya itu.
sherry ibrahim
Sudah memasuki umur 30 tahun, Sherry mengakui yang dia sudah berbincang dengan kekasihnya mengenai perkahwinan. Namun sayangnya kerana ingin memberikan tumpuan pada kerjaya masing-masing, mereka berdua masih belum bercadang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. Kata Sherry:-
Kami ada berbincang pasal kahwin, tapi dia belum lagi bercadang untuk melamar saya dalam tempoh terdekat ini. Saya pula tidak mahu memberi tekanan kepadanya kerana lelaki memang tidak suka bila mereka didesak dalam soal kahwin.
Apa yang penting, kami bahagia sekarang dan saling menghormati antara satu sama lain. Kami juga ingin fokus pada karier masing-masing terlebih dulu kerana saya percaya soal jodoh adalah ketentuan dari Tuhan. Saya pasrah kepadaNya.
Setakat ini, ibu bapa kami sudah tahu dengan hubungan ini dan tidak menghalang dengan siapa saya ingin berkawan. Apa yang penting, mereka ingin lihat saya bahagia. Sepanjang tempoh lebih setahun kami menjalinkan hubungan, semuanya berjalan lancar tanpa masalah. Saya memang sudah bersedia untuk berkahwin jika jodoh kami sudah sampai.
sherry ibrahim
Umur 30 untuk wanita Melayu memang sudah agak lambat jika tidak berkahwin lagi. Namun oleh kerana kekasihnya orang asing, maka Sherry belum boleh dikategorikan sebagai anak dara tua. Mungkin kalau ada yang kenal dengan kekasih Sherry, boleh tolong alihbahasakan dan hantarkan kata-kata Sherry di atas kepadanya. Barulah dia tahu yang Sherry dah bersedia untuk kahwin bila-bila masa sahaja.-Beautifulnara.com
0 Komentar untuk "Sherry Ibrahim Sudah Berbincang Mengenai Perkahwinan Dengan Teman Lelaki Mauritius"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info