Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Scha Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan Dalam Ra him

Pelakon dan pengacara popular Scha Alyahya dilaporkan baru sahaja selesai menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan dalam rahimnya, awal September lalu.

Menurut Scha, doktor mengesahkan dirinya menghidap Endometriosis iaitu sejenis ketumbuhan dalam rahim.


“Doktor maklumkan ketumbuhan itu belum sampai tahap serius, tetapi jika tidak dibuang, ia boleh membesar dan membahayakan nyawa.

“Atas nasihat doktor, saya setuju dibedah dan tidak mahu berlengah lagi,” katanya memetik laporan Metro Ahad.

Selepas menjalani pembedahan itu, doktor menyarankan pelakon kelahiran Kedah ini untuk berehat selama sebulan namun disebabkan dia tidak betah duduk diam, Scha hanya bercuti selama dua minggu sebelum kembali bertugas seperti biasa.

Selepas diangkat menjadi duta produk elektronik Sen Heng, kini Scha dan suaminya, Awal Ashaari sekali lagi berganding menjadi pengacara, mengendalikan rancangan The Band yang akan disiarkan di Astro Prima tidak lama lagi.-Siakapkeli
1 Komentar untuk "Scha Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan Dalam Ra him"

get well scha..proud of u n ur hubby,, :)

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info