Kenapa tiba tiba Nora Danish di’kaitkan dengan kisah skandal Adi Putra ini? Tahun lepas ketika rumahtangga Adi Putra goyah & hampir bercerai, Nora Danish di’gossipkan sebagai antara faktor kepada keretakan hubungan pasangan itu.
Itu cerita lama & pastinya apabila kontroversi sekali lagi melanda rumahtangga Adi Putra, komen daripada Nora Danish pasti menjadi perhatian & pelakon itu mengakui beliau terkejut.
“Saya tak nak komen lebih mengenai isu ini dan biarlah siasatan penuh dijalankan dahulu. Apa yang boleh saya katakan kini, secara peribadi, saya tidak percaya dan agak terkejut apabila mengetahui mengenai isu ini”
“Saya pernah juga mengalami situasi yang sama di mana saya difitnah oleh orang dan sudah tentu saya juga tidak mahu diganggu oleh sesiapa dan memerlukan masa bagi meredakan keadaan,” katanya yang di’temui di tayangan media filem Lagenda Budak Hostel.
Nora Danish juga berkata yang beliau ada menghantar SMS kepada Adi Putra dan isterinya supaya kuat dan tabah menghadapi dugaan yang melanda sekarang ini.-Rotikaya
0 Komentar untuk "Nora Danish Terkejut Dengan Isu Skandal Adi Putra"