Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Mereka memang biadab

Ika Nabella menganggap orang yang menghinanya sebagai golongan yang biadab.

Laman sosial mempunyai pengaruh yang amat besar terutamanya melibatkan perkongsian sesuatu perkara. Namun, niat ikhlas berkongsi adakalanya disalah erti sehingga mampu mencetuskan rasa tidak puas hati sesetengah pihak.

Artis memang banyak menggunakan ruang sosial Instagram untuk berkongsi gambar, tetapi adakalanya, gambar yang dikongsi itu memakan diri mereka sendiri.

Banyak kes artis bergaduh dengan peminat antaranya Nabila Huda dan Nelydia Senrose.

Baru-baru ini, pelakon, Ika Nabella turut menerima tempias yang sama. Gambar yang dikongsi di Instagram telah disalah erti hingga tercetus komen menghina oleh mereka yang mengikuti akaun Instagram pelakon ini.

Kebetulan bersua muka dengannya baru-baru ini, wartawan Hits, Muhammad Azrul Mohd. Radi bertanyakan tentang isu ini kepada empunya diri.

Hits: Apa sebenarnya yang berlaku?

Ika: Sebenarnya, gambar yang saya muat naik itu adalah percutian saya baru-baru ini di Krabi, Thailand. 

Kemudian ada satu gambar saya ambil dalam air bersama dengan ikan, kemudian ada komen menghina saya minta gambar saya berbogel dimuat naik.

Hits: Mungkin pakaian Ika yang terlalu menjolok mata ketika itu?

Ika: Apa gambar yang menjolok mata? Setahu saya, saya ambil gambar saya ketika di pantai bukannya dengan berpakaian bikini. Malah, gambar saya sebelum ini pun bukannya ada yang memaparkan saya memakai bikini di pantai. Saya pakai pakaian renang untuk menyelam dan saya rasa itu pakaian yang sesuai dan tidak seksi.

Saya akui saya pun tidaklah sebaik mana tetapi saya tahu apa yang saya lakukan.

Hits: Apa perasaan Ika ketika membaca komen itu?

Ika: Saya rasa perbuatan mereka sangat biadab. Malah, perbuatan mereka itu ibarat penghinaan. Saya tidak kacau pun hidup mereka. Tetapi kalau orang itu sudah biadab dengan saya, macam mana saya hendak beradab dengan mereka.

Hits: Tidakkah Ika merasakan tindakan memuat naik naik gambar anjing itu sebenarnya mengapi-apikan lagi keadaan yang sedia ada?

Ika: Tidak. Saya muat naik gambar anjing itu sebenarnya sebagai pengajaran kepada mereka yang biadab. 

Saya boleh sahaja buang gambar itu tapi saya biarkan sebagai pengajaran buat mereka supaya tidak melakukan perbuatan biadab itu lagi. 

Ada sesetengah orang yang saya sudah halang dan ada yang saya biarkan. Mungkin menghentam orang tanpa usul periksa memberi kepuasan kepada mereka, jadi saya biarkan sahajalah.

Hits: Kontroversi imej sosial Ika sebelum ini membuatkan pandangan masyarakat menjadi stereotaip, komen Ika?

Ika: Kalau kita tidak kenal seseorang, kita jangan cepat melatah dan terus menghukum. Itu yang utama sebenarnya. Kebanyakan orang yang hentam ini tidak kenal pun siapa saya secara personal tetapi komen mereka bukan main. 

Sebab itu saya cakap, jangan terlalu cepat menghukum. Orang yang kenal saya secara personal semua tiada masalah dengan saya. Malah, keluarga saya sendiri tidak pernah menghukum atas apa yang saya lakukan sebab mereka kenal saya dan tahu saya bagaimana.

Hits: Boleh kongsi perkembangan terbaru Ika?

Ika: Filem pertama lakonan Ika, Tanda Putera telah ditayang di pawagam sejak 29 Ogos lalu. Bangga sebenarnya dapat berlakon dalam filem patriotik apatah lagi berada di bawah bimbingan Datin Paduka Shuhaimi Baba. 

Banyak yang saya pelajari daripadanya. Kerjaya nyanyian pula, selepas single saya, Tiada Rasa ke udara hingga kini belum ada apa-apa perancangan. Mungkin fokus pada kerjaya lakonan dahulu.
-Utusan
0 Komentar untuk "Mereka memang biadab"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info