Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Fasha Sandha Ingin Didik Anak Jadi Ahli Sukan, Tidak FIkirkan Populariti

Lama kita tidak dengar berita tentang Fasha Sandha dan hujung minggu telah berlangsung majlis akikah dan cukur jambul anak sulung beliau yang kini sudah berusia genap lima bulan, Putra Rayfal. Cepat masa berlalu.
Majlis tersebut berlangsung di kediaman keluarga suami Fasha Sandha, Jejai di Ampang & ianya dimeriahkan dengan kehadiran saudara mara Fasha Sandha sendiri yang turun dari Perlis.
Bercakap kepada Berita Harian, Fasha Sandha mengakui yang kehadiran Putra Rayfal bukan sekadar pelengkap kehidupan rumahtangga mereka tetapi juga satu anugerah yang membuat kehidupan seluruh keluarga pasangan ini lebih bermakna.
Bercakap tentang masa hadapan Putra Rayfal, pasangan ini mengharapkan anak mereka itu membesar sebagai anak yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara.
“Kita berikan dia kebebasan untuk memilih kerjaya kelak. Kalau ikutkan, ayahnya mahu Rayfal dan abangnya, Putra Raykal menceburi sukan permotoran serta polo,” ujarnya.
Fasha Sandha turut berkongsi yang beliau kini lebih memilih dalam soal kerjaya tetapi tidak merancang untuk memperlahankan aktiviti seni beliau.
“Saya tidak lagi memikirkan populariti, sekarang adalah masa untuk saya menikmati kehidupan berkeluarga pula,” tambah Fasha Sandha lagi.-Rotikaya
#08 Fasha Sandha Ingin Didik Rayfal Jadi Ahli Sukan - ROTIKAYA

#05 Fasha Sandha Ingin Didik Rayfal Jadi Ahli Sukan - ROTIKAYA
#06 Fasha Sandha Ingin Didik Rayfal Jadi Ahli Sukan - ROTIKAYA
0 Komentar untuk "Fasha Sandha Ingin Didik Anak Jadi Ahli Sukan, Tidak FIkirkan Populariti"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info