Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Tak mengaku salah belasah isteri

Tak mengaku  salah belasah isteri
Bukit Mertajam: Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam, atas tuduhan memukul isterinya dalam lif.

Muhammad Affandi Ismail, 36, yang berbaju-T ungu dan berseluar jeans, membuat pengakuan itu di depan Majistret Arif Mohamad Shariff. 

Mengikut kertas pertuduhan, Muhammad Affandi dituduh sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya berusia 36 tahun dalam lif di Hospital KPJ, Bandar Perda di sini, pada jam 4 petang, Isnin lalu. 


Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih satu tahun dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Mohon kurang jaminan

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim.

Awalnya, Arif menetapkan tertuduh dikenakan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin tetapi tertuduh memohon jumlahnya dikurangkan kerana baru menyambut Aidilfitri. 
“Saya mohon jumlah jaminan dikurangkan kerana baru lepas raya. Saya mohon sangat-sangat,” katanya.

Arif membenarkan jaminan dikurangkan kepada RM5,000 dan menetapkan 12 September untuk sebutan semula kes.

Nama isteri tertuduh dirahsiakan kerana berada di bawah perlindungan sementara (IPO) atas perintah mahkamah.-Bharian
0 Komentar untuk "Tak mengaku salah belasah isteri"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info