Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Suri rumah dituduh perdagang, dera amah Indonesia

PETALING JAYA - Seorang surirumah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan iaitu memperdagangkan dan mendera amah warga Indonesia, Maria Roberta Sian, awal bulan ini.
Tertuduh, Chai Eng Fong, 40, mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Wanita itu didakwa memperdagangkan Maria Roberta, 30, bagi maksud eksploitasi sebagai buruh paksa dengan cara menggunakan kekerasan dan paksaan.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 13 Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Imigran 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda.
Tertuduh juga didakwa mendatangkan cedera parah ke atas mangsa dengan memukul dan menyimbah air panas sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian muka, kepala, telinga, dua belah payudara, belakang badan dan paha.
Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau sebat dan denda.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 7 malam, 8 Ogos 2013 di No. 5, Jalan U5/84, Subang Bistari Shah Alam di sini. - KOSMO
0 Komentar untuk "Suri rumah dituduh perdagang, dera amah Indonesia"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info