Nampaknya penyanyi Farawahida bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi kerana beliau sendiri mengakui bahawa hari raya tahun ini adalah tahun terakhir dia beraya sebagai seorang bujang.
Farawahida akan pulang ke kampung halamannya di Taiping, Perak seminggu sebelum hari raya namun hanya akan bercuti selama 2 ke 3 hari sahaja kerana akan memenuhi undangan persembahan di sebelah Utara tanahair.
“Raya tahun ini saya akan pulang ke Taiping, Perak. InsyaAllah saya akan pulang seminggu sebelum raya. Saya bercuti dalam dua, tiga hari saja dan akan berada di Utara kerana memenuhi undangan persembahan.“Istimewanya raya tahun ni sebab tahun terakhir saya akan beraya sebagai bujang”, katanya.
Bercakap mengenai pernikahannya yang dimaklumkan bakal berlangsung pada Disember depan, Farawahida memberitahu dia tidak melalui acara merisik dan bertunang tetapi dia dan bakal suaminya bersepakat untuk terus melangsungkan pernikahan yang akan berlangsung di kampung halamannya Taiping, Perak.
Percintaannya dengan bakal suaminya yang bekerja sebagai pakar jantung itu telahpun berlangsung selama 8 tahun, namun dia memaklumkan masih lagi belum berkesempatan untuk menghadiri kursus pra perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan kerjaya seninya. -Ohartis.com
0 Komentar untuk "“Raya Terakhir Saya Sebagai Seorang Bujang”"