Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Pegawai bank cedera selepas kereta dilanggar, dibom

GEORGE TOWN – Seorang lelaki berdepan saat mencemaskan apabila kenderaan yang dipandu bukan sahaja dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dari arah belakang malah dilemparkan sebutir bom dipercayai buatan sendiri.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang itu, Ong Kok Kwang, 23, bersama rakannya diekori MPV Nissan Grand Livina dari arah Lebuh Farquhar di sini.


Kejadian berlaku ketika mangsa yang merupakan pegawai bank dalam perjalanan pulang ke tempat kerja selepas menikmati makan tengah hari bersama rakannya.

Bagaimanapun kereta Honda Civic yang dinaiki mereka dilanggar dari arah belakang beberapa kali oleh MPV yang dinaiki dua suspek itu ketika mereka berada di Love Lane.

Menurut sumber, selepas melanggar kereta mangsa, seorang lelaki di tempat duduk penumpang telah membuka cermin MPV itu lalu melontar sesuatu disyaki bom buatan sendiri di bahagian bampar kereta mangsa.

Suspek kemudian terus mengekori mangsa sehingga ke Jalan Burmah namun mereka berjaya meloloskan diri sebaik melihat kenderaan polis melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

Related Post

  • Ku Li: 'Jangan jadikan rakyat mangsa'KUALA LUMPUR -  "Kerajaan sepatutnya menanggung sendiri beban kewangan yang meningkat, bukan melepaskannya ke bahu …
  • Mereka memang biadab Ika Nabella menganggap orang yang menghinanya sebagai golongan yang biadab. Laman sosial mempunyai pengaruh yang a…
  • Erra tunggu masa jelas masalah rumah tangga PADA saat suhu industri seni tempatan sedang dilanda kisah kontroversi kes penceraian pelakon Rita Rudaini dan pemain b…
  • 'Jangan mudah hukum dia' Biarpun suaminya yang juga pelakon terkenal, Adi Putra, dikaitkan mempunyai skandal dengan wanita lain, namun Aida Yus…
  • Disebalik skandal Adi PutraSIAPA pun tidak menyangka kisah seorang pelakon lelaki kacak didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang. Mener…
0 Komentar untuk "Pegawai bank cedera selepas kereta dilanggar, dibom"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By Catatan Info