Tanpa melihat mayat tersebut, saksi yang dikenali sebagai Paudin Harun segera melaporkan perkara terbabit kepada anggota polis di Pejabat Pertanyaan Balai Polis Rantau Panjang.
Namun katanya, mangsa dipercayai warga negara asing kerana tidak mempunyai kesan suntikan BCG.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, lelaki yang berusia 20-an ini ditemui terapung di Sungai Golok dekat Kampung Kedap, di sini.
“Mangsa ditemui agak jauh dari kawasan kediaman dalam keadaan telentang, lengkap berpakaian baju hitam lengan panjang dan seluar paras lutut.
“Mayat dihantar ke Hospital Pasir Mas dan kita masih menunggu hasil bedah siasat,” katanya.
Beliau berkata, pihak polis membuka kertas siasatan berhubung kes tersebut.-Sinar harian
0 Komentar untuk "Mayat sangkut pada pukat"