Bagaimanapun, taktik mereka tidak menjadi apabila tetap dihidu Jabatan Imigresen Melaka yang membuat serbuan, awal pagi semalam.
Dalam serbuan itu, seramai tujuh wanita Vietnam yang sedang leka melayan pelanggan, ditahan.
Pengarah Jabatan Imigresen Melaka, Kamalludin Ismail berkata, pusat hiburan yang sudah beroperasi sejak tiga bulan lalu menggunakan bangunan yang dikelilingi beberapa bengkel lain.
Menurutnya, siasatan awal turut mendapati wanita Vietnam yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) itu dipercayai terbabit dalam kegiatan tidak bermoral di luar.
“Kesemua mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut kerana didapati menyalah gunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai GRO di pusat hiburan berkenaan,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Melaka, di sini semalam.
Sementara itu, pemeriksaan mengejut turut dijalankan di 13 kediaman di beberapa lokasi termasuk di Bukit Rambai, Permatang Duyong, Paya Rumput, Ujong Pasir dan Bukit Pulau.
Sepanjang operasi bermula 9 malam kelmarin dan berakhir kira-kira 6 pagi semalam itu, seramai 80 pendatang asing diperiksa, manakala sejumlah 64 ditahan untuk siasatan lanjut atas pelbagai kesalahan.
Antara yang ditahan termasuk warga Indonesia, India, Myanmar, Kemboja dan Nepal.
Turut ditahan, dua wanita sedang mengandung, salah seorang dari mereka sarat dan empat kanak-kanak berusia antara 4 tahun dan 5 bulan.
Dalam pada itu, menurut Kamalludin, anggota penguatkuasa turut menahan empat pasangan suami isteri iaitu tiga pasangan Indonesia dan satu pasangan Kemboja.
Menurutnya, penahanan dilakukan apabila isteri pasangan terbabit didapati tinggal lebih masa di negara ini walaupun suami mempunyai dokumen perjalanan yang sah.-Sinar harian
0 Komentar untuk "Bengkel jadi pub, pusat karaoke"