Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Aqasha pilih watak

Aqasha

Berita mengenai hubungan cinta penyanyi yang terkenal dengan lagu Tanpamu, Farawahida sebenarnya sudah lama diketahui apatah lagi dia selalu memuat naik status cintanya bersama dengan jejaka yang hanya dikenali dengan nama A di laman sosial Facebooknya.

Berkesempatan bertemu dengan empunya diri, soalan berkaitan perihal jejaka bertuah itu diajukan namun, Farawahida lebih selesa untuk tidak bercerita dengan lebih mendalam tentang bakal suaminya, sebaliknya menggunakan pendekatan tunggu dan lihat.

"Bukan saya tidak mahu dedahkan siapakah sebenarnya lelaki itu, masih terlalu awal lagi rasanya. Bila semuanya sudah selesai, saya akan perkenalkan kepada pihak media. Buat masa ini, saya rasa eloklah jika saya ceritakan serba sedikit sahaja.

"Seorang yang ringkas dan bukan orang dalam industri. Umurnya 29 tahun dan sekarang sedang bekerja di sebuah pusat kesihatan Kuala Lumpur. Dia juga sekarang sedang berjinak-jinak dengan perniagaan hartanah dan statusnya masih bujang, bukan duda atau suami orang," katanya berseloroh.

Tambahnya, dia juga tidak akan melakukan proses merisik atau bertunang, sebaliknya terus bernikah apatah lagi dengan usia perkenalan mereka yang sudah mencecah lapan tahun.

"Bukan tidak mahu merisik atau bertunang, sebaliknya kami sudah lapan tahun bercinta. Masing-masing sudah mengenali keluarga masing-masing. Jadi kami fikir alang-alang sudah kenal, baik kita teruskan dengan pernikahan sahaja," jelasnya.

Tambahnya, jika tiada aral melintang, majlis perkahwinan itu akan diadakan di Taiping, Perak. Majlis nikah akan diadakan pada sebelah siang manakala persandingan pula akan diadakan pada belah malam hari yang sama.

Ditanya mengenai persiapan, ujar Farawahida, dia dan bakal suaminya masih lagi mengatur majlis perkahwinan yang akan diadakan dan dia juga memilih konsep ala kampung.

"Persiapan sedang dijalankan. Malah, saya pun akan pergi kursus kahwin dan Insya-Allah, kedua-dua keluarga kami akan bertemu dan berbincang mengenai persiapan dengan lebih serius," jelasnya.

Ada sebab mengapa Farawahida memilih Disember untuk berkahwin dan menurutnya, itu adalah untuk memberi laluan kepada kakaknya yang kini menetap di Jepun.

"Saya buat Disember kerana menunggu kakak kedua saya pulang ke tanah air. Dia kini sedang bersama dengan suaminya yang bekerja di Jepun dan kebiasaannya akan pulang ke tanah air pada hujung tahun," jelasnya.

-Utusan
0 Komentar untuk "Aqasha pilih watak"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info