Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Tak tahu isteri, anak mati

Serdang: Seorang lelaki kini koma manakala isteri dan anak tunggalnya terbunuh selepas motosikal ditunggangi mereka bertembung sebuah kenderaan pacuan empat roda di Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan, di sini, malam kelmarin.

Ketika kejadian jam 11.30 malam itu, Muhammad Zulfikri Rusli, 22, bersama isterinya, Siti Norbaiti Hassan, 21, dan anak tunggal mereka, Muhammad Zulhairie Hafiz, berusia dua tahun dalam perjalanan pulang ke rumah yang terletak berhampiran lokasi kejadian.

Foto

Bagaimanapun, sebaik tiba di simpang masuk ke Perumahan LP 5, motosikal ditunggangi mangsa bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda terbabit menyebabkan Siti Norbaiti mati di tempat kejadian dipercayai akibat digilis.

Muhammad Zulhairie pula sempat dikejarkan ke Hospital Serdang sebelum disahkan meninggal dunia ketika dirawat.Bapa saudara Muhammad Zulfikri, Rohaizi Hamid, 45, berkata, kejadian berlaku ketika anak saudaranya itu baru menjemput isteri dan anaknya di taska selepas habis kerja syif petang di sebuah kedai serbaneka.

-Harian Mtero
3 Komentar untuk "Tak tahu isteri, anak mati"

Laporan tu tak cukup lengkap tuuu . Sy sendiri berada di tempat kejadian pada malam tersebut pemandu pacuan 4 roda itu seorang lelaki cina berada dalam MABUK

Ya Allah ye ke.. hmm.. Semoga kedua2 arwah isteri dan anak itu ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.. Tapi anak kecik tu confirm2 lah masuk syurga.. belum ada dosa lagi.. hmmm sedihnya..

Dah tahu mabuk kenapa la ko pergi memandu dalam keadaan tu..harao Kerajaan lebih pro aktif memberi hukuman yang lebih berat suapaya org x berani lagi memandu dalam keadaan mabuk..Kesia ibu dan anak yang digilis sbb kecuaian dan kejahilan org bangang mcm nie..

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info