Kehandalan pasukan bola sepak Kelantan kini tidak diragui lagi
apabila mereka berjaya mengekalkan kejuaraan Piala FA buat kali kedua
berturut-turut.
Pasukan Kelantan telah berjaya mempertahankan Piala FA bagi tahun 2013 selepas menungukkan Hohor Darul Takzim (Johor DT) 1-0 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.
Jaringan tunggal Nor Farhan Muhammad pada babak pertama perlawanan sudah cukup untuk mengharumkan nama pasukan Kelantan.
Apabila disebut soal kemenangan, pastinya ramai yang teruja dengan
insentif yang diumumkan oleh Tuanku Mahkota Johor (TMJ), Tuanku Ismail
Sultan Ibrahim yang akan memberi setiap seorang daripada dua pemain
terbaik JDT sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Audi Q7 yang berharga
RM550,000.
Apabila tumbangnya JDT di tangan Kelantan, maka timbullah bisik-bisik yang mempersoal berkenaan imbuhan tersebut.
Entah apa yang berada di dalam fikiran Farhan, dia telah merakamkan video beliau mendapat kereta Lamborghini sebagai habuan Piala FA.
Mungkin video tersebut sebagai bahan jenaka dan rasanya tidak mempunyai sebarang niat untuk memerli mana-mana pihak.
Saksikan video jenaka tersebut.
Jangan marah. Ini cuma lawak hari Isnin terutama kepada mereka yang baru lepas berjam-jam duduk di bilik mesyuarat. -Mynewshub.my
Pasukan Kelantan telah berjaya mempertahankan Piala FA bagi tahun 2013 selepas menungukkan Hohor Darul Takzim (Johor DT) 1-0 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.
Jaringan tunggal Nor Farhan Muhammad pada babak pertama perlawanan sudah cukup untuk mengharumkan nama pasukan Kelantan.
Apabila tumbangnya JDT di tangan Kelantan, maka timbullah bisik-bisik yang mempersoal berkenaan imbuhan tersebut.
Entah apa yang berada di dalam fikiran Farhan, dia telah merakamkan video beliau mendapat kereta Lamborghini sebagai habuan Piala FA.
Mungkin video tersebut sebagai bahan jenaka dan rasanya tidak mempunyai sebarang niat untuk memerli mana-mana pihak.
Saksikan video jenaka tersebut.
Jangan marah. Ini cuma lawak hari Isnin terutama kepada mereka yang baru lepas berjam-jam duduk di bilik mesyuarat. -Mynewshub.my
0 Komentar untuk "Nor Farhan Pandu Lamborghini Habuan Piala FA? "