KANGAR 11 Julai - Seorang murid Tadika Prasekolah Sinar di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Gajah, Arau, yang baru hendak belajar berpuasa tahun ini, hanya sempat menjalani ibadah itu sehari apabila terbunuh dirempuh sebuah kereta pagi ini.
Kejadian berlaku pukul 7.10 pagi di Jalan Mata Ayer berhampiran Kampung Alor Lancang, Jejawi, ketika Nur Aleya Batrisha Mashrul Nusairi, 6, dalam perjalanan ke sekolah dengan membonceng basikal bersama kakaknya, Nur Fatin Nabila, 10.
Setibanya di lokasi kejadian, basikal dua beradik itu dirempuh sebuah kereta Proton Saga mengakibatkan Nur Aleya Batrisha terpelanting di bahagian cermin hadapan kereta itu dan cedera parah.
Rempuhan itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala Nur Fatin Nabila cedera ringan dan dirawat di wad biasa di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).
Mayat Nur Aleya Batrisha turut dihantar ke HTF untuk dibedah siasat.
Ketua Polis Daerah Arau, Supritendan Mohd Nadzri Hussain ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Bapa mangsa, Mashrul Nusairi Mohd. Noor, 39, ketika ditemui di HTF memberitahu, dia terkejut apabila mendapat panggilan mengenai kejadian malang menimpa kedua-dua anaknya itu kerana mereka berdua baharu sahaja keluar rumah kira-kira pukul 6.40 pagi.
"Saya tidak sangka permintaan Nur Aleya Batrisha membonceng basikal buat kali pertama bersama kakaknya ke sekolah adalah yang terakhir.
"Biasanya setiap pagi saya akan hantar dia ke sekolah sementara kakaknya mengayuh basikal," katanya yang membela kedua-dua anak perempuannya itu sejak bercerai dengan isteri tiga tahun lalu.
Mashrul Nusiari dari Taman Jejawi, Arau dekat sini berkata, beliau menyedari perubahan pelik Nur Aleya Batrisha pagi ini kerana begitu tergesa-gesa untuk ke sekolah bersama dengan kakaknya sehingga tidak sempat untuk bersalam.
"Dia juga baru hendak mula belajar puasa pada tahun ini semalam malah meminta saya untuk membeli rambutan untuk berbuka puasa hari ini," ujarnya lagi.
Katanya, Nur Aleya Batrisha merupakan seorang anak yang tidak banyak kerenah dan hanya suka membonceng basikal yang ditunggang kakaknya ketika bermain-main di waktu petang.
Kakak mangsa yang ditemui di wad HTF masih lagi dalam keadaan trauma dan asyik mengatakan bahawa adiknya sudah tiada.
-utusan

Nur Fatin Nabila Mashrul Nusairi menerima rawatan di wad Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis, semalam.

0 Komentar untuk "Murid maut dirempuh kereta"