Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Mat Yo Marah Buang Pingat Dalam Tong Sampah

Kecewa, sedih dan marah. Mungkin itu perasaan penyerang Johor Darul Takzim (DT), Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) selepas pasukannya hanya bergelar naib juara Piala FA kelmarin. Pemain terbaik negara itu antara tonggak utama Johor DT yang bermain bermati-matian sepanjang 90 minit sebelum ditewaskan bekas pasukannya, Kelantan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kemuncak kekecewaan pemain dengan gelaran Mat Yo itu terbukti apabila dia membuang pingat diterimanya ke dalam tong sampah sebelum masuk ke bilik persalinan. Norshahrul juga enggan ditemuramah media selepas perlawanan berkenaan.



Jika dinilai permainan penyerang kebangsaan itu, dia memang berhak untuk berasa marah dan kecewa kerana Johor DT mempunyai keupayaan untuk muncul juara, tetapi Norshahrul tidak banyak mendapat bantuan rakan sepasukan.

Namun paling mengecewakan Norshahrul apabila golnya pada minit ke-63 dibatalkan pengadil Syed Azhar Syed Kamar yang terlebih dulu meniup wisel kerana mendakwa penyerang itu mengasari Azizi Matt Rose.

Perlu sokongan

Bagi penyerang hebat seperti Norshahrul, kilauan trofi sudah tentu menjadi ganjaran paling bermakna dalam karier mereka, tetapi bola sepak bukan setakat kemahiran individu. Dia memerlukan sokongan rakan sepasukan untuk berfungsi sebagai perancang dan juga penjaring.
1 Komentar untuk "Mat Yo Marah Buang Pingat Dalam Tong Sampah"

elehhhh....nk kta kat geng sendri xnk passing bola kat dia lah apa lah...yg dia dlm byk2 pelawanan yg aku tngok peluang kwn len bleh jringkan gol tp dia sndri xnk passing bola pda kwn2...konon2 star lah 2....woi mangkok tndas....spain yg no 1 dunia kalah ngn brazil pon msh menerima kekalahan...adat lah pertandingan ada kalah n menang...admin pon jgn dok sokong sgt tndakan mamat nie....setakat 2 ja rezeki Allah nk kasi...jdi trima je lah dgn b'syukur...xpyh nk tnjok sgt kecewa smp xhargai pingat yg diberi...kang aku kata BODOH marah....main mcm star liga antarabngsa plak....kelantan berhak menang sbb rezeki Allah...tp pasukan kelantan main ada bagus jdi rezeki depa lah....aku dah nyampah ngn mamat nie...prangai mcm seorg pemain selangor amri yahya....haistttt....sdh2 lah woiiii.....

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info