Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Haliza Misbun Dakwa Pelakon Sekarang Tiada Ilmu Lakonan, Hanya Popular


Masih ingat dengan filem Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Cinta? Ia merupakan filem terakhir lakonan dan arahan Haliza Misbun. Lama dunia hiburan sepi tanpa sebarang berita dari pemilik nama ini.
Dalam pada senyap itu dia rupanya berehat dan menggunakan masa tersebut merantau ke beberapa buah negara.
Imej terbarunya dilihat jauh berbeza dengan sebelum ini. Lebih segar. Menampakkan dirinya jauh muda dari usia sebenar. Susuk tubuhnya semakin langsing. Jelas Haliza, dia mengamalkan senaman jogging setiap hari sejak 10 tahun dulu lagi. Usianya yang mencecah 40 tahun langsung tidak menampakkan dirinya diusia tersebut.
Senyuman tidak lekang di wajahnya. Mungkin itu membuatkan Haliza awet muda. Malah katanya, di usia 40 tahun, dia tidak rasa seperti 40. Jiwa dan semangatnya tidak pernah rasa tua. Dia sentiasa teruja dan bersemangat malah lebih matang.
Haliza merupakan kakak ipar kepada Awie, yang berkahwin dengan adiknya Rozana Misbun. Seorang lagi adik Haliza, Amanda Misbun juga telah berumahtangga dan sudah memiliki seorang anak.
Di usia yang sudah memasuki angka 40′an, dia tidak pernah rasa sunyi meskipun belum berumah tangga.
Dia sangat menikmati kehidupan solonya. Namun, jika ada lelaki yang sudi dan sanggup untuk berkahwin dengannya, dia sentiasa bersedia.
Ibu bapanya sendiri sudah berhenti bertanyakan soal kahwin. Bukan tidak ada yang mendekati, tapi jelas Haliza, semua dianggapnya sebagai teman biasa.
Jika sebelum ini dia memang akui cerewet memilih pasangan. Dia lebih tertarik dengan orang luar, tapi sekarang dia tidak kisah bangsa apa pun yang datang mendekatinya asalkan bukan suami orang.
Yang terbaru, dia akan mengeluarkan sebuah novel yang ditulis sendiri olehnya. Jelas Haliza dia kini sudah tidak berlakon. Jadi dia mencurahkan segala kreativitinya diatas kertas dan dijadikan naskah novel.
Haliza sudah lama tak menerbitkan filem mahupun drama. Dia menambah, kebanjiran artis-artis sekarang nyata tidak dikenalinya. Tambahan sudah setahun tidak memiliki televisyen dirumah. Kebanyakkan sumber isu semasa diperolehnya dari internet. Dia lebih banyak menghabiskan masanya dengan membaca.
Terang Haliza lagi, artis zaman sekarang jauh bezanya dengan dahulu.
“Saya tak nampak lagi yang boleh lawan pelakon masa batch saya dulu. Contohnya macam Sofea Jane, Umie Aida. Yang sekarang, they don’t even know about acting. Dorang ni popular tapi tak lasting”
Dia menambah senyap dari dunia hiburan bukan kerana merajuk malah dia sangat rindu untuk berlakon. Akan tetapi masih belum berjumpa skrip yang benar-benar berbaloi.
0 Komentar untuk "Haliza Misbun Dakwa Pelakon Sekarang Tiada Ilmu Lakonan, Hanya Popular"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info