Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Bermalam dengan mayat rakan

KUALA KRAI - Seorang lelaki warga Thailand terpaksa ikat seluar rakannya yang mati lemas dengan tali pengikat bot bagi mengelakkan mangsa hanyut dibawa arus selepas bot mereka terbalik di Sungai Kelantan, dekat sini, malam kelmarin.

Malah, lelaki terbabit, Rosdi Che Mat, 36, terpaksa ‘bermalam’ bersama mayat rakannya, Rosadee Korlaeh, juga warga Thailand, selama hampir 10 jam sebelum mereka ditemui.
Rosdi berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam kelmarin ketika mereka keluar memancing apabila tapak enjin tercabut dan bot terbalik apabila sampai di kawasan tengah sungai.
Bermalam dengan mayat rakan

Katanya, dia yang pandai berenang sempat berpaut pada bot manakala sebelah lagi tangan memegang Rosadee dan cuba menarik mangsa ke atas bot terbalik.

“Saya berjaya naik bot dan kemudian cuba beberapa kali tarik dia (Rosadee) naik kerana dia tak tahu berenang tetapi gagal sebab kakinya tersangkut pada rantai sauh.

“Lama-kelamaan, dia tak bergerak dan saya terpaksa tambat seluar dia dengan tali pengikat bot supaya tak hanyut,” katanya semalam.

Rosdi berkata, dia terpaksa ‘bermalam’ bersama mayat rakannya itu sebelum mereka ditemui sebuah bot membawa pelajar kira-kira jam 7 pagi semalam.

“Saya tumpang bot itu sampai Tangga Krai dan buat laporan polis. Mayat dihantar ke Kota Bharu untuk urusan pengebumian,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah ini, Deputi Superintendan Nuraddin Wahab mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.
-Sinar Harian
0 Komentar untuk "Bermalam dengan mayat rakan"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info