Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Artis :Fasha Sandha Guna CCTV Pantau Anak Di Rumah.

Kuala Lumpur: Bimbang dan trauma selepas menonton beberapa video di Internet mengenai penderaan anak oleh pembantu rumah mendesak Fasha Sandha Hassan memasang kamera litar tertutup di kediamannya bagi mengawasi pergerakan pembantu rumah yang menjaga anak tunggalnya Putra Rayfal Ramli yang kini berusia tiga bulan lebih.

Fasha bersama suaminya Rizal Ashram Ramli membuat keputusan itu sejak sebulan lalu dengan memasang dua kamera di tingkat satu dan dua kediamannya.
“Sepanjang berpantang, saya seram dan takut apabila melihat pelbagai laporan penderaan serta video yang membabitkan pembantu rumah bersama anak di rumah ketika ketiadaan majikan.

“Bayangkan ada yang sanggup menghempas anak majikan di lantai dan macam-macam lagi. Itu membuatkan saya bimbang dan gusar meninggalkan Rayfal di rumah apabila keluar bekerja.


“Bukan tidak yakin pada pembantu rumah, tetapi saya rasa tindakan memasang kamera litar ini inisiatif kami sebagai ibu bapa dan pengawasan awal,” katanya ketika ditemui kelmarin. Kamera litar itu membuatkan Fasha dan suami mudah mengawasi dua pembantu rumahnya dengan hanya menggunakan telefon bimbit.

“Setiap setengah jam di lokasi penggambaran saya melihat keadaan dalam rumah dan bagaimana Rayfal dijaga pembantu. “Malah, saya boleh menggerakkan kedudukan kamera yang dipasang dengan aplikasi mudah alih di telefon saja.

“Tapi Rayfal tidak selalunya ditinggalkan bersama pembantu di rumah jika saya terikat jadual penggambaran atau suami keluar bekerja kerana ada masanya kami meninggalkannya di rumah ibu bapa serta keluarga mentua.

“Bagaimanapun sepanjang menggunakan teknologi ini kami belum melihat apa-apa kejadian yang mencurigakan. “Pembantu rumah menjalankan tanggungjawab dan kerjanya dengan baik,” katanya yang baru saja habis penggambaran bersama aktor Aaron Aziz menerusi drama siri Tentang Hati.

Pelakon filem Cicakman dan Anak Halal itu kini mengambil peluang berehat selepas lebih sebulan sibuk di lokasi drama.

“Menjadi ibu memang pengalaman yang sukar saya ceritakan. Ia begitu indah dan istimewa lebih-lebih lagi Rayfal masih kecil. Alhamdulillah pihak produksi faham keadaan dan komitmen saya.

“Walaupun sibuk saya pastikan pulang lebih awal dan memberikan lebih masa untuk Rayfal,” katanya

-Sumber :
0 Komentar untuk "Artis :Fasha Sandha Guna CCTV Pantau Anak Di Rumah."

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info