Jawapan bersahaja Linda - “Saya tidak kisah apa orang nak kata. Ini rumah saya dan hak saya. Jadi suka hati sayalah nak sewakan kepada siapa.”
Itulah jawapan seorang wanita dikenali sebagai Linda, 29, yang merupakan antara segelintir warga kota yang mengamalkan hidup ala Hollywood dengan menyewakan bilik di kediaman mereka kepada lelaki.
Bagi golongan seperti Linda, apa yang lebih utama ialah mendapat sumber kewangan untuk menampung kos kehidupan dan ada juga yang menganggap berkongsi rumah dengan individu berlainan jantina lebih serasi dan selesa.
“Kami bukan buat perkara tak senonoh. Kalau orang nak ambil tahu pun, saya cakaplah kami saudara. Yang penting, beban saya berkurangan,” katanya.

Bagaimanapun, cara kehidupan songsang itu disifatkan Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut sebagai mengundang syaitan dan perlu dijauhi kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
“Tindakan itu boleh diibaratkan seperti ‘kucing dengan ikan’. Mana boleh kita dapat mengawal kedua-dua situasi ini dan ia sudah pasti akan berlaku tindak balas negatif.
“Walaupun tidak berlaku zina tetapi ia akan menimbulkan fitnah. Perlu diingatkan apabila berada lelaki dan perempuan, sudah pasti syaitan menjadi rakan yang akan mendampingi mereka,” katanya.
Menurutnya, Islam jelas menggariskan hubungan yang dibolehkan serta tidak dan ia perlu dijadikan panduan oleh golongan muda agar tidak terikut-ikut budaya Barat kerana ia akan menyebabkan kerosakan akhlak kepada generasi akan datang.
Noh berkata, walaupun mereka tinggal di bilik berasingan namun sesetengah daripada mereka pasti akan berkongsi peralatan lain seperti bilik air dan kesempatan itu akan diambil syaitan untuk mendekati mereka.
“Jangan main dengan nafsu serta hasutan syaitan kerana orang alim pun boleh terbabas. Kita perlu elakkan fenomena ini daripada berlaku.
“Mereka ini mungkin tidak tahu perkara dilakukan ini dilarang, tidak perlu ambil tindakan dengan menangkap mereka sebaliknya cara berdakwah adalah yang terbaik untuk mendekati mereka,” katanya ketika dihubungi.
Trend berkongsi rumah lelaki dan wanita tanpa ikatan perkahwinan dikesan Harian Metro daripada sumber mahu dikenali sebagai Afis, 27 yang kebetulan mencari bilik untuk disewa menerusi laman web. - Metro

7 Komentar untuk "Aku peduli apa kalau lelaki tinggal rumah aku - Linda"
klw aq pun bgs ow..bwt apa org lain mau kcau beras mak bapa aq!aq sokong ne prempuan..msing2 ada hal msing2 lerr...bwt pa jabatan maij mw kacau ow!linzhi!dy mengamput dgn bini dy ada org lain kacau..tda kn?so jgn kacau hal idup org..aikyarkk!!
cuba aq mw lihat brapa org yg sokong mcm nhe..dan brapa org yg bantah mcm ne..
woi ko ni mst buta agama dan takde ilmu kan sbb itu lah blh buat kenyataan mcm ni kenapa tak ckp je bileh je berzina bukan susah kan org lain pun,boleh je minum arak janji tak amik duit org bodoh ye org ko ade otak pk lah sebagai org islam, ikut lah ajaran islam jangan ikut ajaran otak bodoh ko 2,phm
ni lah akibat ye bila takde ilmu agama yg cukup,bukan tak blh cari yg same jenis tngal serumah nk lelaki pun blh kenapa,klu dah tak blh tak blh lah aku doakan harap undang2 islam dijalan kan lah dimalaysia ini supaya boleh menaikan maruah org melayu,yg semakin lama semakin takde maruah dah aku tengok
dah rosak dah pemikiran dia nie . jaij serbu aje, biar dia tau salah ke x salah
Nauzubillahimizalik. Moga dia mendpt hidayah dr Allah SWT spy tdk mati di dlm kesesatan. Klu mati blh settle sendiri jenazah kamu silakan buat sesuka hati tanpa memperdulikan masyarakat keliling? bILA DAH JADI mayat perlu org lain memandi, mengkafan dan seterusnya kebumikan adakah kmu blh melaksanakan sendiri oleh itu jgnlah fikiran terlalu SEMPIT!!
Tiada sempurna iman seorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri." [HR Bukhari dan Muslim]
"Sesama muslim itu bersaudara. Oleh karena itu, jangan menganiaya dan jangan mendiamkan. Siapa saja yang memperhatikan kepentingan saudaranya, Allah akan memperhatikannya. Siapa saja yang melapangkan satu kesulitan sesama muslim, niscaya Allah akan melapangkan satu kesulitan dari beberapa kesulitannya pada hari kiamat. Siapa saja yang menutupi kejelakan seorang muslim Allah akan menutupi kejelekannya pada hari kiamat." (HR.Bukhari dan Muslim)
Adik,nanti tanya sama mama and papa kamu maksudnya ok.Abg bagi Hadis bukhari dan muslim tu,Jangan pandai2 palk adik kate tak soheh.Jangan lupa tau.Jadilah anak yang penuh dengan keimanan dan ketaqwaan,kelak di sana kamu menjadi penyelmat kepada mama and papa kamu.daaa..