Namun dia hanya berselamba memberitahu, 'Suami Aku Ustaz' dan hanya akan menemui para peminatnya tahun depan.
Kejutan tersebut didedahkannya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas pelancaran krim mandian ulung Fruitale FairWhite UV serta Pencarian Gadis Transformasi Bintang Fruitale di sini, semalam.
"Filem ini diadaptasi dari novel dengan judul serupa dan sekali lagi menggandingkan saya dengan Adi Putra selepas filem ‘Aku Terima Nikahnya’ berjaya menambat hati peminat,” katanya.
Menurutnya, penggambaran untuk filem ini dijalankan sepenuhnya di beberapa lokasi di Melaka.
Filem 'Suami Aku Ustaz' mengisahkan mengenai seorang remaja berusia 17 tahun yang dipaksa berkahwin dengan seorang ustaz, lakonan Adi Putra.
Sambil melabelkan filem itu sebagai sebuah filem romantik komedi, Nora Danish berkata, cabaran paling besar adalah menghayati watak seorang remaja yang masih menuntut di tingkatan lima.
“Untuk benar-benar menghidupkan watak berkenaan, saya terpaksa berperangai dan bertingkah laku seperti seorang remaja.
“Selain menjadi remaja, watak ini juga seorang yang kasar. Ada adegan di mana saya perlu pandu bot sendirian di tengah laut, sesuatu yang tidak pernah saya terfikirkan,” katanya.
Walaupun telah selesai penggambaran untuk filem ‘Suami Aku Ustaz’, jadual Nora Danish masih ketat dengan penggambaran Teleraya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama RTM dan Astro.
Selain itu, katanya, dia akan turut menjalani penggambaran filem terbaru yang diterbitkan Metrowealth (MIG) sebagai watak utama.
Bagaimanapun, ketika mengimbau kembali pembabitannya dalam bidang lakonan, Nora Danish berkata, dia ingin ditawarkan peluang membawa watak yang lebih mencabar.
“Selama ini saya banyak membawa watak wanita malang yang sudah jatuh ditimpa tangga. Saya ingin membawa watak yang lebih mencabar,” katanya.
Mengenai pelantikannya sebagai duta produk Fruitale, Nora Danish berkata, dia berbesar hati dilamar sebagai duta produk berkenaan.
“Memandangkan saya sendiri menggunakan produk ini dan tahu keberkesanannya, saya tidak ragu-ragu untuk menjadi jurucakap produk,” katanya. - Sinar Harian Online
0 Komentar untuk "Nora Danish: 'Suami aku ustaz'"