Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Misha Omar Pitam, Muntah Ketika Pementasan 'Nyonya and The Gang'

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Misha Omar menghadapi masalah kesihatan apabila secara tiba-tiba pitam dan muntah sebelum tamatnya pementasan teater Nyonya and The Gang di Panggung Sari, Istana Budaya, malam Sabtu.
Pengarah teater tersebut, Rosminah Tahir berkata, Misha mungkin kurang tidur dan keletihan akibat latihan teater yang dilakukan sejak sebulan lalu.
"Dia tiba-tiba pitam dan muntah-muntah mungkin dia masuk angin kerana kurang tidur dan terlalu letih.
"Namun begitu dia tetap ingin keluar ke pentas bagi menghabiskan babak lakonannya pada malam ini," katanya ketika ditemui selepas selesai pementasan teater Nyonya and The Gang, di sini, malam Sabtu.

Amy Mastura, Farah Fauzana dan Misha Omar dalam 
salam satu babak teater Nyonya and The Gang
Jelas Rosminah, penyanyi lagu Angin Syurga itu mungkin akan direhatkan atau digantikan sementara jika keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.
"Dia sudah ke klinik dan kalau keadaan dia serius kita terpaksa beri dia rehat dan watak Keponakan Cantik akan digantikan oleh saya jika terpaksa," ujarnya.
Misha yang membawakan watak Keponakan Cantik kelihatan aktif pada awal pementasan berlangsung dan berjaya menarik perhatian penonton dengan aksi lakonannya yang bersahaja.
Bagaimanapun penampilan Misha pada babak terakhir menjadi tanda tanya apabila dia hanya duduk lesu dan dipapah oleh beberapa pelakon lain ketika berada di atas pentas.
Teater Nyonya and The Gang mula dipentaskan pada Jumaat lalu hingga 20 Jun ini di Panggung Sari, Istana Budaya.
0 Komentar untuk "Misha Omar Pitam, Muntah Ketika Pementasan 'Nyonya and The Gang'"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info