Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Ditahan lagi: Benjy berdepan hukuman gantung?

BEKAS pelakon, Benjy atau nama sebenar Khaeryll Benjamin Ibrahim berdepan  hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan selepas ditahan bersama peralatan dan bahan kimia yang biasanya digunakan untuk memproses syabu.


Benjy, 37, disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurut laporan media tempatan, dadah jenis syabu seberat lebih 1.3kg juga ditemui bersama anak lelaki tunggal kepada pelakon Allahyarham Azean Irdawaty itu.

Benjy ditahan dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Pagoh, semalam.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/hiburan/ditahan-lagi-benjy-berdepan-hukuman-gantung-1.374295
0 Komentar untuk "Ditahan lagi: Benjy berdepan hukuman gantung?"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info