Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Lana Nordin: Artis Pun Punya Perasaan

Artis pun ada perasaan! Itulah luahan dan kata-kata oleh pelakon seksi Lana Nordin ketika diminta mengulas mengenai kata-kata kesat yang dilemparkan oleh sebilangan pengikutnya di akaun Instagram.
Katanya lagi, tidak perlulah seseorang itu menghina atau mengeluarkan kata-kata kesat, cacian atau makian di akaunnya itu, kerana gambar yang dipaparkannya adalah merupakan dirinya yang sebenar dan sekiranya seseorang iti tidak menyukainya tidak perlulah untuk melihat atau mengikuti perkembangannya itu.
“Saya rasa tak perlu untuk mengeluarkan kata-kata sebegitu terhadap saya dalam gambar yang saya paparkan ke dalam akaun saya itu, ini kerana itu adalah hak saya dan apa yang saya buat adalah benda yang betul dan tidak salah untuk saya menjadi diri saya tanpa perlu untuk bermuka-muka di depan orang ramai.”

“Sudah-sudahlah untuk mengutuk saya kerana kami sebagai artis ada perasaan juga, jangan ikut sedap mulut untuk mengata hal orang. Sekiranya anda seorang artis bagaimana pula ada orang memaki hamun anda? Apakah perasaan anda? Fikirkanlah.
Dia juga turut berpesan sekiranya seseorang itu tidak suka melihat aksi-aksi yang dipamerkan ke dalam akaun instagramnya itu agar mereka semua tidak lagi mengikutinya dan jangan lagi melihat.
Sebaliknya dia memberi amaran akan ‘block’ akaun mereka itu semua. Lana juga turut memberitahu bahawa setakat ini lebih dari 10,000 akaun Instagram yang sudah di ‘block’ olehnya kerana tudak tahan sikap sesetengah peminat yang memberikan kata-kata negatif kepada dirinya.
“Kalau tidak suka jangan tengok, atau jangan ‘follow’ saya. Kalau tak saya akan ‘block’ anda daripada mengakses akaun Instagram saya. Sebelum ini, bila saya ‘private’ orang kata saya sombong. bila saya ‘open’ orang pula maki saya.
Dengan itu lebih baik jangan tengok kalau tidak saya akan ‘sound’ balik kerana kalau sekali atau dua kali mungkin boleh saya terima tetapi sekiranya sudah acap kali, hilang sudah kesabaran saya ini,”katanya mengakhiri perbualan. (rtky/hfz)
Gambar oleh Faisol Mustafa via Malaysian Digest
-Rotikaya.com
0 Komentar untuk "Lana Nordin: Artis Pun Punya Perasaan"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info