Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Komuter tergelincir dari landasan

RAWANG - Sebuah komuter yang membawa 120 penumpang dari Tanjung Malim menghala ke Rawang tergelincir dari landasan kurang 100 meter dari stesen Rawang.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 10 pagi itu dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Komuter tergelincir dari landasan

Sehingga jam 5 petang semalam, sebanyak 70 peratus kerja menaikkan tren ke landasan telah dilakukan melibatkan 60 orang kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Pengurus Wilayahnya, Md Rusli Md Nor berkata, sebanyak tiga gerabak terlibat dalam kejadian itu dan hanya satu daripadanya keluar landasan.

“Dianggarkan hampir 10 kaki gerabak keluar dari landasan dan faktor cuaca yang baik dijangka mempercepatkan kerja pembaikan.

“Kesemua penumpang yang terlibat telah dipindahkan menggunakan komuter lain sebelum menghantar mereka ke destinasi menggunakan perkhidmatan bas,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, dijangka operasi komuter kembali normal sebelum jam 10 malam.

“Sebanyak lapan buah bas disediakan untuk transit penumpang dari Rawang ke Serendah disebabkan operasi yang tergendala.

“Selain komuter, sistem Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari KL Sentral ke Ipoh turut tergendala,” katanya.-Sinarharian
0 Komentar untuk "Komuter tergelincir dari landasan"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info