Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Terkandas lebih lima jam

KUALA PILAH: Seramai 75 penuntut UiTM Shah Alam diselamatkan pihak berkuasa selepas terkandas lebih lima jam di Gunung Angsi, Ulu Bendul, di sini, kira-kira 10 malam tadi.

Dalam kejadian itu, semua penuntut berusia lingkungan 20-an dipercayai memulakan ekspedisi memanjat gunung itu, kira-kira 9 pagi, hari yang sama.


Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim, berkata pihak berkuasa menerima maklumat dan melancarkan gerakan mencari pada kira-kira 5 petang.

"Ini berikuyan kumpulan penuntut itu dikesan tidak turun. Semua 75 penuntut itu ditemui di kaki gunung dalam keadaan keletihan.

"Daripada jumlah itu, enam daripada mereka cedera dan dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah selepas mengalami kekejangan," katanya.-Hmetro
0 Komentar untuk "Terkandas lebih lima jam"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info