Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Foto: Remy Ishak Jadi Doktor Di London?

Sejak drama popular Cinta Jangan Pergi lakonan Remy Ishak dan bekas kekasihnya, Tiz Zaqyah tamat, jarang pula melihat wajah aktor ini di kaca televisyen.
Namanya juga sudah kurang disebut selepas Remy memberi penjelasan mengenai gosip cinta antaranya dan aktres jelita, Maya Karin beberapa bulan lepas.
Screen Shot 2013-10-04 at 11.27.51
Mungkin Remy lebih selesa mempromosikan tentang kerjaya berbanding hal peribadi terutama sekali kisah cintanya.
Namun baru-baru ini Remy dilihat aktif menjalani penggambaran untuk sebuah telemovie berjudul Selangkah Ke Syurga.
Pada 1 Oktober yang lepas, Remy telah berkongsi beberapa keping foto yang menunjukkannya sudah selamat tiba di Kota London dan kelihatan sudah bersedia untuk menjayakan watak seorang doktor bernama Zaid.
Melalui foto-foto yang dikongsikan, OHBULAN! difahamkan Nadiya Nisaa adalah pelakon wanita yang digandingkan bersama Remy dalam Selangkah Ke Syurga.
Screen Shot 2013-10-04 at 11.30.45
Manakala Lisa Surihani dan Syazwan Zulkifli yang juga berada di sana dipercayai menjalani penggambaran untuk sebuah drama lain.
Bagi yang merindui Remy Ishak, di sini OHBULAN! sertakan beberapa keping foto sepanjang mereka berada di London untuk tatapan anda.
Screen Shot 2013-10-04 at 11.28.01
Screen Shot 2013-10-04 at 11.28.11
-Ohbulan.com
0 Komentar untuk "Foto: Remy Ishak Jadi Doktor Di London?"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info