Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Farid Kamil Larang Diana Makan Nasi


DALAM memastikan isterinya memperolehi tubuh badan langsing sama seperti sebelum bersalin, aktor Farid Kamil telah melarang Diana Danielle daripada menjamah nasi.

Kata Farid yang dipetik menerusi portal Ohbulan, “saya pernah berjanji kepada Diana untuk memastikan bentuk badannya kekal seperti asal selepas berkahwin, dan disebabkan itu, dia kena ikut prosedur saya”.

“Sewaktu mengandung, Diana tidak makan nasi dan lauk kari langsung. Dia cuma makan buah-buahan dan protein seperti ikan salmon untuk memberikan zat yang cukup kepada bayi,” katanya lagi.

Farid juga mengakui hanya akan membenarkan Diana menjamah nasi dalam tempoh masa enam bulan lagi.

Untuk maklumat, Diana selamat melahirkan cahaya mata lelaki yang dikenali sebagai Muhammad pada 2 Julai lalu di Australia.

Oleh: AUDREY LEE
-Siakapkeli.com
0 Komentar untuk " Farid Kamil Larang Diana Makan Nasi"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info