Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Anak Syarikat KRU Sasar 6 Filem Pada 2014

KUALA LUMPUR: Anak syarikat KRU Studios iaitu Showbiz Productions Sdn Bhd menyasarkan akan menerbitkan sebanyak enam buah filem bermula pada tahun hadapan.
Ketua Operasi Showbiz, Zarina Abdul Rahman berkata, produksi yang ditubuhkan sejak tahun 2011 itu akan menerbitkan filem-filem yang lebih komersial, berbeza dengan filem-filem berat KRU yang sedia ada.
"Fokus kami dalam syarikat Showbiz adalah penerbitan filem bagi pasaran umum dengan nilai kos di bawah RM1.5 juta.
"Dan pada tahun depan kami menyasarkan untuk menghasilkan sebanyak enam buah filem. Selain itu, filem-filem di bawah produksi kami juga lebih tertumpu kepada kehendak penonton bukan filem-filem berat seperti Merong Mahawangsa atau Vikingdom," katanya.
Zarina ditemui pada majlis pelancaran tiga filem baharu syarikat tersebut iaitu Hantu Tok Mudim, Ular dan Chikaro.
Yusry dan Lisa Surihani.
Dalam pada itu, filem Kahwin 5 dan Hantu Kapcai juga merupakan filem di bawah terbitan Showbiz selain Mat Tudung yang bakal ditayangkan pada tahun 2014.
Tambah Zarina, walaupun Showbiz Productions tidak mengeluarkan bajet yang tinggi untuk menerbitkan sesebuah filem, penjagaan kualiti masih lagi diutamakan.
"Jika melihat statistik penghasilan filem, ia sangat tinggi tetapi tidak pada pulangannya. Sebab itu kami memainkan konsep berbajet minima tetapi pembikinannya berkualiti tinggi untuk kepuasan penonton," ujarnya.
Sementara itu, Hantu Tok Mudim yang dibarisi pelakon Izzue Islam, Soffi Jikan dan AR Badul akan ditayangkan pada 21 November ini diikuti Ular, arahan Jason Chong (5 Disember 2013) dan Chikaro arahan Nizam Zakaria (26 Disember 2013)-mStar
0 Komentar untuk "Anak Syarikat KRU Sasar 6 Filem Pada 2014"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info