Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Permintaan Lisa Surihani Pada Syamsul Yusof

WALAUPUN belum berkesempatan bekerjasama baik di dalam drama mahupun filem dengan Syamsul Yusof, namun sebagai rakan artis, aktres Lisa Surihani turut bersimpati dengan nasib yang menerima pengarah muda berpotensi besar itu ekoran isu filem bikinannya KL Gangster 2, yang bocor di internet.


Malah isteri kepada Pengarah VFX Malaysia Paling Prolifik, Yusry Abdul Halim, ini terkejut apabila mengetahui khabarnya Syamsul mahu meninggalkan kerusi pengarah buat selamanya akibat terlalu kecewa.

“Sebagai rakan artis rapat, apa yang berlaku pada Syamsul dan industri film kita hari yang berdepan dengan isu cetak rompak ni, sangat menyedihkan. Perkara ni boleh berlaku pada sesiapa saja pembikin filem. Ini satu jenayah yang harus kita banteras. Tapi tak mengapa, polis juga pihak berkuasa kini sedang jalankan siasatan dan kita akan ketahui juga siapa dalangnya nanti.

“Saya berharap penonton yang cintakan filem tempatan, sila lah menonton filem itu di pawagam. Malah teruskan sokongan anad kepada karya-karya tempatan. Kami rakan artis juga terkesan dengan isu ini kerana industri kami. Kami akan pertahankan. Sebab itu bila Yusry sertai kempen anti-cetak rompak, saya beritahu dia yang saya pun nak sertai sama.

“Pada Syamsul, jangan putus asa! Kita lawan isu cetak rompak ni. Jangan mengalah begitu saja! Teruskan perjuangan dan terus menghasilkan karya-karya yang berkualiti. Jangan berhenti, sebab anda adalah pewaris legasi Skop Production”, kata Lisa yang mengharapkan Syamsul tidak patah semangat.


Pada Isnin lalu sewaktu majlis pra-tonton, bapa Syamsul, penerbit dan pengarah tersohor Datuk Yusof Haslam memberitahu anaknya itu ada meluahkan hasrat mahu meninggalkan kerusi pengarah sekaligus cukup merisaukan Yusof. Malah Malah Syamsul turut tidak hadir ke previu filem itu pada malam tersebut.

Sebelum itu, Yusof dan Syamsul sendiri melahirkan perasaan marah apabila lebih 70 peratus hasil filem berkenaan telah disebarkan di laman Internet sebelum tayangan. Langkah itu boleh menyebabkan kerugian besar kepada penerbit filem jika orang ramai tidak menonton kerana ia telah disebarkan lebih awal secara haram.

Kos pembikinan filem itu menelan belanja kira-kira RM4.5 juta. KL Gangster 2 bakal di tayangan di pawagam mulai 3 Oktober ini. – malaysiaDigest
5 Komentar untuk "Permintaan Lisa Surihani Pada Syamsul Yusof"

Saya sebagai Peminat Filem Malaysia dan Sememangnya Peminat Setia Filem Syamsul Yusof akan terus menyokong beliau...saya juga akan menonton Filem itu di pawagam

Kan Allah yang menentukan rezeki kita. Mungkin rezeki Shamsul kurang melalui filem ini. Jangan patah semangat. Teruskan berusaha. Insyallah Allah akan bersama mu. Perbanyakan membantu mereka2 yang memerlukan. Ok.

oke2.. anti tgk kat pawagam.. sokong2

sungguhpun tempat saya tidak mempunyai panggung wayang atau pawagam , tetapi saya berusaha untuk membeli disc original filem tempatan kita.

ok2..nt kmy tgok at pwgam brmai2..

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info