Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Pelajar takut PMR pulang

Petaling Jaya: Seorang pelajar tingkatan tiga, Ayza Nazira Zulfazli, 15, yang menghilangkan diri dari rumahnya di Damansara Perdana, di sini sejak Sabtu lalu dibawa pulang semula ke rumah, kira-kira jam 9.50 malam tadi.
Dia yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) awal bulan depan dikatakan menghilangkan diri dari rumah tanpa pengetahuan ibu bapanya menyebabkan satu laporan polis berhubung kehilangannya dibuat Ahad lalu.
Dia dikatakan hanya ditemui orang awam ketika bersembunyi di dalam tandas di sebuah pasar raya sekitar kawasan perumahan berkenaan.

Sebelum ini, ibunya Rosziana Mohamed, 47, merayu anak bongsunya itu pulang ke pangkuan keluarga kerana bimbang akan keselamatan anaknya itu.
Foto
ALYA (kanan) mengedarkan poster adiknya kepada orang ramai petang semalam sebelum Ayza pulang malam tadi.

Beliau berkata, dua hari sebelum hilang, Ayza Nazira atau lebih mesra dengan panggilan adik itu yang juga anak bongsu daripada tiga beradik ada menemuinya menyatakan kebimbangan untuk menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang dijadualkan 2 Oktober hingga 8 Oktober depan.-Hmetro

0 Komentar untuk "Pelajar takut PMR pulang"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info