Sana-Sini Info

Share Latest News Update!!

Fouziah Gous langsung pernikahan minggu depan

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Pelakon, Fouziah Gous dan pasangannya, Zhafran Yusof akhirnya mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada 21 September ini.


Majlis yang berkonsepkan musim sejuk Pakistan itu akan diadakan selepas Isyak di Masjid Tunku Ampuan Jamaah, Bukit Jelutong, Selangor.

Menurut Fouziah, majlis resepsi bagi pihaknya akan berlangsung seminggu selepas pernikahannya iaitu pada 29 September di Hotel JW Mariot, Putrajaya.

Mengulas mengenai konsep yang dipilihnya, jelas Fouziah, dia sendiri mempunyai kacukan Pakistan dan Cina, sebab itu mereka memilih konsep tersebut.



"Daripada tarikh pula, saya memilih (tarikh) tersebut kerana mahu menyelesaikan semua kerja lakonan saya. Selain itu, saya mahu tarikh di mana semua ahli keluarga saya dan bakal suaminya ada," jelasnyal.

Sementara itu, majlis resepsi pihak lelaki pula diadakan di rumah Zhafran di Bukit Jelutong pada 5 Oktober dengen berkonsepkan tradisional songket. - UTUSAN ONLINE
0 Komentar untuk "Fouziah Gous langsung pernikahan minggu depan"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info